Pengenalan

Latar belakang

Pusat Keusahawanan UMP (MyPACE) telah diluluskan sebagai Pusat Tanggungjawab oleh Pengurusan Universiti pada 1 Oktober 2010. Pusat ini akan menjalankan tanggungjawab untuk merancang, menyelaras, memantau dan menilai program dan aktiviti serta pendidikan keusahawanan pelajar. Pusat ini bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang.

Visi

Menjadi pusat rujukan keusahawanan yang kondusif dan berdaya saing diperingkat nasional dan internasional

Misi

  1. Untuk menggabungkan kepakaran dalam bidang keusahawanan di UMP dan membangunkan sebuah konsortium untuk bekerjasama dan menghasilkan asas pengajian keusahawanan yang kukuh kepada pelajar-pelajar, graduan dan usahawan yang sedia ada.
  2. Untuk membantu usahawan baru membina rangkaian dan menolong mengkomersilkan produk mereka
  3. Menjadi konsultan kepada pelajar dan usahawan muda dalam membangunkan perniagaan
  4. Menjalankan kajian mengenai isu-isu keusahawanan
web counter
web counter

Hak cipta © Pusat Keusahawanan Universiti Malaysia Pahang