Aluan Pengarah

Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengunjungi Laman web rasmi Pusat Keusahawanan (MyPACE), Universiti Malaysia Pahang.

Syukur ke hadrat Ilahi, laman web MyPACE telah berjaya dibangunkan sejajar dengan visi untuk menjadi pusat rujukan utama dalam aspek Keusahawanan. Dalam menjayakan aspirasi Negara menuju wawasan 2020 iaitu menjadikan Negara Berpendapatan Tinggi dan berdaya saing, MyPACE berharap dapat memberikan perkhidmatan dan informasi berkenaan budaya keusahawanan dan menjadi saluran alternatif berkaitan organisasi yang berkaitan. Malah dengan kewujudan laman web ini dapat menjadi medan penyaluran sumber maklumat terkini dan jaringan antara pengguna dan agensi kerajaan yang terlibat.

Dengan adanya laman web ini juga diharap agar menjadi titik pengenalan pengguna untuk mengenali MyPACE dengan lebih mesra dan mudah. Saya berharap dengan perkongsian ini akan menjadi sumber ilmu keusahawanan kepada para pengunjung dan saya mengalu-alukan sebarang cadangan serta pandangan yang bernas dalam memantapkan lagi isi kandungan laman web MyPACE ini. Sekian, selamat melayari laman web MyPACE, Universiti Malaysia Pahang. Wasalam

web counter
web counter

Hak cipta © Pusat Keusahawanan Universiti Malaysia Pahang